Followers

Sunday 30 December 2012

UK - The Making of The Harry Potter Studio (11th Dec)

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum semua! 

Maaflah dah lama tak buat post yang baru. Bukannya ada orang nak baca pun kannn hehe. Sepanjang cuti sekolah ni korang ada pergi mana-mana? 

Aku dengan family aku (ma, kakyan, abang Akmal dengan kak Anis) pergi UK a.k.a United Kingdom. Kami bertolak dari Malaysia pada hari Isnin 10 Dec dengan menaiki MAS a.k.a Malaysia Airlines yang mengambil masa selama 13 jam (kot). Mula-mula aku ingatkan 23 jam sebab aku ingat naik Emirates, tapi rupanya naik MAS. Bagus jugak, tak payah nak stop dekat negara lain. Perkhidmatan MAS sangat memuaskan hati dan makanan mereka sedap-sedap belaka. Filem-filem yang dia bagi pun beesssssst gilaa hahahahaha tapi malangnya disebabkan The Perks of being A Wallflower sebuah cerita yang agak baru di Malaysia oleh itu cerita tersebut ditayangkan di MAS pada bulan Januari 2013. Sangat menyedihkan.

Tempat duduk kitorang.

Ais krim Magnum Classic sebagai pencuci mulut ahaks pertama kali aku makan Magnum u.u

 Sampai sahaja di Heathrow Airport, hari sudah pun Maghrib. Fyi, Maghrib di UK pada musim sejuk adalah pukul 4pm. Kami menaiki teksi yang sudah pun ditempah awal-awal untuk ke apartment sewa di London. Inilah rupa apartment tersebut. 

Ruang tamu.

Dapur.

Dinding dapur.

Harap maaf, gambar bilik tidur tidak ditunjukkan kerana bersepah hehe. Disebabkan terlalu mengantuk kami sekeluarga pun tidur dengan nyenyaknya kerana jet lag. Kakak aku, kakfha yang belajar dekat Notts datang ke apartment kami pukul 10 malam tersebut dan waktu itu semua orang sedang tidur dengan nyenyaknya. 

Keesokan harinya, iaitu 11 Dec hari Selasa, kami sekeluarga bangun awal pada pukul 5 kerana jet lag lah katakan. Pukul 5 pagi di UK pada musim sejuk adalah bersamaan 10 pagi di Malaysia ya tuan-tuan dan puan-puan. Kami pun bersolat subuh dan bersiap-siap untuk menaiki Shepherd's Bush Overground ke HP studio. Tetapi sebelum itu kita perlulah bercamwhoring ya haha 


Sesampainya di Shepherd's Bush Overground, kami pun mengambil gambar sekali lagi.


Peace n.nV

Kami menuju ke tempat yang bernama Watford Jn kerana disitulah dia bus stop untuk ke Harry Potter studio. 

Jadual bas.

Bas yang khas untuk ke Harry Potter studio.

Ramai juga orang yang tengah tunggu bas tu dengan kitorang. Ada yang pakai scarf dengan tie Gryffindor. Saya sangat jealous u.u Perjalanan dari bus stop ke studio hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Sesampainya di sana......


ambik gambar la kan, apa lagi :D Masuk je hp studio perkara pertama yang akan dilihat adalah

Daniel Radcliffe, Emma Watson and Rupert Grint's handprints.

Gambar di atas adalah diambil daripada Google kerana kami sekeluarga terlupa nak ambik gambar ni guna camera -,- Sangat sangat lupa. Selepas itu dalam beberapa langkah yang seterusnya akan jumpa ruangan ini pula.

Flying car! :D

Honey Dukes! :D

Disebabkan kitorang datang terlalu awal, kitorang masuk kedai souvenir dulu. 

Cuba je, tak beli pun hehe n.nV

Wand kepunyaan watak-watak yang utama.


Aku beli dua poskad je. Semua benda mahal. Poskad ni satu 99 p (kot) Aku tak ingat. Kakfha pulak beli key chain Time Turner.



Jam pun menunjukkan pukul 11 pagi jadi kami pun keluar dari kedai. Tanpa disedari, orang makin ramai.


Selepas itu, semua pelancong dipanggil masuk dan diberi taklimat blablabla. Then kitorang masuk satu bilik yang ada screen yang sangat besar (macam cinema) dan tour guide kami tayangkan satu cerita (sebenarnya bukan cerita) pasal HP Studio tu la, apa lagi kan. Dan secara tidak sengajanya la kan kan kan, aku menangis terharu sebab tengok cerita yang tour guide tu tunjuk haha 

Okay, lepas tu cerita tu pun habis dan nak tahu apa yang terjadi??? (Okay, ini part paling best)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

screen yang semua orang tengah tengok tu, tiba-tiba ternaik dannnnnnnnnnn, munculnya pintu masuk ke Great Hall, Hogwarts. Best gilaaaaaaaaa, aku dah macam gilaaaaaaaaaa, jerit wow Wow WOw WOW kuat kuat sebab terlampau excited hahahahahahahaahahahahaha rindu perasaan tu. Then, tour guide tu cakap, sesiapa yang datang ke situ sebab sambut birthday boleh datang ke depan dan tolong bukakkan pintu Great Hall tu. 


Inilah dia rupa disebalik pintu tersebut:-

Source: Google

Gambar yang abang Akmal ambil. Dekat ceiling Great Hall ni takde awan whatsoever tu sebab segala awan tu hanyalah grafik semata-mata.


Selepas itu kami ke ruangan lain yang ada props dan info-info tentang movie Harry Potter.



Chocolate Feast in The Goblet of Fire. 

Looooonggggg stairs in The Order of Phoenix.

The Entrance Gates of Hogwarts.

The Clock Tower

Gryffindor Common Room.

Wands.

Mirror of Erised in Philosopher's Stone.

Potions Classroom.

Tired mum waiting for us.

'Sherbet Lemon!' =D

Headmaster's office.

The Goblet of Fire!!! :D

List of animal actors! xD

Hagrid's hut.

The entrance to The Chamber of Secrets.


Big statue at the Ministry of Magic.

The Weasley's kitchen.

The Marble Staircase.

From left; Death eater, Scabior who is played by Nick Moran, Bellatrix Lestrange who is played by Helena Bonham Carter, Lord Voldemort who is played by Ralph Fiennes, Lucius Malfoy who is played by Jason Isaacs, Draco Malfoy who is played by Tom Felton and last but not least, Narcissa Malfoy who is played by Helen McCrory.

Dolores Umbridge's pink uniforms.

Dolores Umbridge's pink office.

The Ministry of Magic.

The House of Black.

Then, lepas kitorang tengok seeeeeeeeemua props tu, kitorang keluar sebab dekat luar tu ada tempat makan. Disebabkan perut yang berkeroncong memaikan lagu Joe Brooks, aku pun bagi la dia upah dengan makan nasi goreng hahaha :p Dekat tempat makan tu ada beberapa kedai makanan and nak tahu takkkkkkk?????? Salah satu daripada kedai-kedai itu adalah kedai Butterbeer.



Fyi, walaupun di dalam buku di tulis bahawa Butterbeer ada alkohol (aku tak ingat sebenarnya ada ke tak) tapi, dia jual takde alkohol dan halal. Aku sebenarnya memang la nak merasa, tapi disebabkan mahal, aku taknak la mintak mak aku. Tapi tiba-tiba lepas tu abang aku belanja kitorang Butterbeer ni. Abang, you're the best =D

Butterbeer! =D

Peace! =D

Butterbeer ni rasa dia macam air A&W je, cuma lebih buih, pekat sikit dan lebih gas. Mula-mula minum memang tak tahan, sebab pelik rasa dia. Macam ada rasa kayu manis jugak. Tapi bila gas dia dah mula hilang, baru rasa macam A&W ahhah. Btw, ni recipe Butterbeer kalau kalian teringin nak merasa.


Selepas perut kitorang diupah dengan nasi goreng sebab nyanyi lagu Joe Brooks, kitorang pun sambung melihat props-props yang ditunjukkan. 

In the flying car with mum :D

Aaaaaaaaaa........

Yayyy :D

In front of the Knight Bus.

Tom Riddle's Gravestone.

4 Prvet Drive

Privet Drive!

Potter's cottage in Godric's Hollow.

Hogwarts bridge.

Jadi tak? :p


Wizard's Chess.

Fawkes the Phoenix!





All the props of goblin. Fyi, nak jadikan seseorang pelakon sebagai goblin mengambil masa 3 jam sebab mekap mengambil masa yang sangat lama. Ye la, nak nampak real. Tak nampak real kang complain ahhah.

Mandrake.

Hahaha, Aunt Marge belon.

Hungarian Horntail in The Goblet Of Fire.

I can see the Grim!

Fyi, bila Hagrid nak berlakon sebelah orang ( masudnya Hagrid tidak berseorangan dalam sesebuah scene) dia kena pakai patung atas ni supaya menunjukkan yang Hagrid tu besar. Bila dia bercakap, mulut dan mata dia semua tu pengarah control guna remote control dari jauh. Robbie Coltrane a.k.a Rubeus Hagrid cuma gerakkan badan sahaja dan of course, cakap script.

Aragog.

Fyi, patung basilisk hanya dibuat kepalanya sahaja untuk memudahkan Daniel Radcliffe berlakon . Seluruh badan basilisk hanyalah grafik semata-mata. 

Fyi, patung buckbeak hanya dibuat untuk duduk dan berdiri. Segala aksi-aksi buckbeak berlari, berjalan, terbang dan naikkan 2 kaki keatas adalah grafik semata-mata.

My favourite place! =D

Diagon Alley.


I've bought a wand from the Ollivanders!
Length= 12 1/4 inches.
Wood= Acacia
Core= Phoenix Feather
Flexibility= Quite bendy.
Where do I know what is my wand? Go here!
Sign up and be my friend. My magic name is NimbusDragon30046. Thanks!

Wiseacre's Wizarding Equipment.

Triple W! Weasley's Wizard Wheezes! =D

Flourish and Blotts.

Last picture at Diagon Alley.

Lepas keluar dari Diagon Alley, kitorang masuk satu ruangan yang pamerkan segala design sesuatu bangunan dalam Harry Potter movie. Sangat-sangat WOW.

Hogsmeade.

Moving Marble Stairs.


Hogwarts bridge.

Another Hogwarts bridge. 

Astronomy Tower.

Diagon Alley.

Hogwarts.

Dekat ruangan yang sama sebenarnya ada banyak sangat lukisan. Lukisan pasal pemandangan Hogwarts, Hogwarts Express, laut sungai whatsoever aku tak ingat. Cantik-cantik lukisan dia tapi aku tak tahu kenapa abang Akmal tak ambik gambar lukisan tu :| Selepas kitorang keluar je daripada ruangan lukisan tu, nak tahu apa kitorang jumpa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HOGWARTS MODEL!!
This is what I want to see!! =D

Excited me AHAKS!

'Hogwarts will always be there to welcome you home :')' -Queen Jo 

Terrible lighting :(

Very very terrible lighting :((

Eww flash :(((

Very very very terrible lighting :((((

Hogwarts is my home!

Lepas puas kitorang tengok Hogwarts, kitorang ke bilik seterusnya a.k.a bilik terakhir untuk tour :<
Nak tahu bilik terakhir tu ada apa? Ada baaaaaaanyaaaaaaaaak beratus-ratus beribu-ribu wand.dalam kotak. Macam dekat kedai Ollivanders tu la.


 We found Alan Rickman, Richard Harris and Rupert Grint's wand! =D
Alan Rickman plays Severus Snape.

Richard Harris plays Albus Dumbledore.

Rupert Grint plays Ronald Weasley!

Sebenarnya semua wand ni kepunyaan semua harry potter cast. Seluruh harry potter cast ya, seluruh. Daripada Daniel Radcliffe ke Richard Harris ke Ralph Fiennes ke Shirley Henderson (moaning Mertyle) ke Tom Felton ke goblin ke Warwick Davis (prof. Flitwick) ke Rupert Grint ke Imelda Staunton (Dolores Umridge) ke Helena Bonham Carter (Bellatrix Lestrange) ke semua Harry Potter cast. Sebab tu beratus-ratus.

Kitorang keluar je daripada bilik tu terus cari tempat solat sebab time dah asar dah (pukul 3 kot) dan terus balik naik bas dan overground yang sama.

Showing our Harry Potter Studio ticket :D

Me and my Harry Potter Passport.

Kak Anis, me and KakYan.

KakFha bought a Time Turner keychain for her friend.

Ok that's all, bye! Thanks for reading! Sorry sebab bahasa ku sungguh rojak walaupun aku tak suka makan rojak apa salahnya kan hehe. Insya-Allah we'll meet soon at another post =) Vahvai!!!
Love,
Ani Noraqilah   

No comments: