Followers

Saturday 14 December 2013

Daureceee osemm!! ihiks!

Assalamualaikum w.b.t.

Korang sorry dah lama tak on!!! (as if ada yg baca) Serious malas nak update blog.

Cuba teka daurece tu apa. Tak tak tahu kan tak tahu kan? Cehh. Daurece tu Daurah Remaja Cemerlang. Satu-satunya kem yang mak aku pernah hantar aku waktu cuti sekolah dalam seumur hidup aku & aku sangat sayang sangat in love sangat rindu sangat cinta sangat kasih dengan kem ni. Kenapa? Entah la, sebab daurece osem la hehe.

Kem ni diadakan selama 3 minggu, dari hari Isnin sampai Khamis, 25 November saaaaaaaampai 12 Dec. 8 pagi sampai lepas asar. Dalam masa 3 minggu ni dah banyak benda aku belajar. Siyes okay. Banyak benda yang selama ni aku pandang remeh temeh, benda yg masuk sek men terus lupa, benda yang aku tak pernah buat dengan istiqamah, sekarang ni aku pandang serious. Contoh? Solat dhuha, baca al-Mathurat & hafal juzu' ammar. Sekarang ni aku dalam proses menghafal balik juzu' ammar sebab hampir kebanyakannya aku dah lupa. Dengan harapan aku tak kan lupa lagi & dapat amalkan dalam kehidupan seharian sepanjang hidup aku.

Ok hari first kitorang dekat kem, kitorang diagihkan kepada 2 tahap. Tahap 1 terdiri drpd 6 tahun sampai 10 tahun & tahap 2 pula 11 tahun sampai 15 tahun. Dah boleh dah nampak kat situ en aku paling tua cehh. Pastu kitorg diagihkan pula kpd 2 tahap. Aku masuk group 25, dengan Maisarah adik kawan baik aku. Si kawan baik aku ni taknak join kem so adik dia pun tak pe la. Dua-dua pun sama perangai haha. Memandangkan kitorg dah kenal lama walaupun takde la rapat mana pun, kitorg dapat berinteraksi dgn baik. Ahli kumpulan 25 yg lain Aisyah, 'Aliah, Lis, Aula & Liyana semuanya senyap2 belaka (lah konon, dah kenal, ha bising mcm apa xP). Kitorg dapat akak faci yang paaaaaaaaaaling best & cute dkt dunia, kak 'Aidah!! Kak Aidah dtg2 suruh kitorg perkenalkan diri, cita2 semua tu. Dia tak percaya aku form 3 coz aku nampak begitu muda gitu n.n Memandangkan aku paling tua, aku pun jadilah ketua kumpulan atau lebih dikenali sebagai along. Panggilan along, kakak, adik tu digunakan supaya kami dapat berinteraksi dengan berkesan seterusnya menjurus kepada pembinaan ukhwah yang bersinar bak berlian di antara kami. & alhamdulillah, taktik ini berkesan! Kami sememangnya semakin rapat hari demi hari. Kitorg bincang nak bagi nama apa untuk kumpulan kitorg. Oleh kerana takde sape pun nak bagi idea, sebagai along yang berkarisma, berwibawa, aku pun bagi la idea, Solehah jadi nama group kitorg. Ada gak yg tak setuju tapi lama2 setuju je la haha. Sapa suruh tak nak kasi idea huehue.
Setiap hari pun pukul 10 pagi kitorg solat dhuha berjemaah, baca al-Mathurat. Tengah hari lepas tadarrus/ ldk, solat zuhur berjemaah & makan. Tapi makan ni special sikit, dalam talam ok uolls. Baru la aku tahu makan dalam talam beramai-ramai tu sunnah nabi. Siapa last makan dia basuh!! Minggu first aku basuh talam setiap hari tapi minggu second & minggu third aku cabut lari hohoho. Terasa sangat jahat tapi apakan daya, aku malas nak basahkan stoking aku hehe :P Lepas tu ldk balik. Setiap hari pun mesti kitorg habis aktiviti awal, so kak 'Aidah pun ajar la kitorg game2 yg kitorg tk pernah dgr pun. Ada beberapa tu diciplak dari running man, dah tu kak aidah suka rm. Apakan daya cehh :P
Minggu first ni tak banyak aktiviti, cuma tadarrus, hafazan, ceramah semua tu.

Masuk second week, pergh aktiviti semua bombastik! Hampir setiap hari kitorang buat senaman pagi. Senaman pagi = menari lagu tinggi tinggi gunung kinabalu & hambamu. Tapi serious seronok sangat. Pastu kitorang (semua group tahap dua) main satu game. Semua group kena diri atas surat khabar. Pastu try terbalikkan surat khabar tanpa koyak. Inilah jadinya
 


Minggu second ni penuh dengan explorace. Explorace English and Math, Science buat pertandingan lain. Untuk English kitorg kena teka maksud proverb, lukis & describe sorg ahli kitorg 'in English please' haha & et cetera. Untuk Math kena jawab soalan semua tu blablabla boring cehh & main boling kelapa. Dua2 explorace kitorg tak menang u.u



Untuk science tahap dua, kitorg kena buat roket daripada botol. Yes, of course pastu kena launchkan. Roket mana yang terbang paling tinggi, paling straight menang! Tapi masalahnya dalam proses pembuatan roket, group aku asyik gaaaaaaaduh je. Sorang nak buat tu sorang nak buat ni. Ops yg ni buat salah, kena buat balik. Alamak terlebih betul pula heh banyak la kerenah group kitorg ni. Apa yang kitorg plan utk roket kitorg semua tak jadi, siyes. Konon nak buat roket, background dia polka dot warna pink. Tulisan nak berangkai buat dkt kertas lain baru tampal semua. Last last, semua tu tak buat pun. Kitorg cuma tampal stiker half A4 warna pink dekat botol & terus tulis Solehah 25 (nama roket kitorg).


 
 Aku ni kalau tak kerut tak sah en heih.

Abang Akil & Abang Amar buat persiapan nak launch roket semua group.

Seriously lawak kot waktu launch semua roket. Ada je eh kerenah roket roket ni. Ada yg tercampak ke atas bumbung, tersangkut dekat pokok. Ada juga yg tak terbang-terbang, roket bocor, kesian.

Group aku punya roket gambarnya tak cantik so tak payah letak la eh haha. Alhamdulillah, group kitorg yg menang pertandingan ni. Serious tak percaya, dalam banyak2 roket, roket hodoh kitorg la juga yang menang haha. Hadiahnya ialah kak Afie nak belanja Kenny Rogers, sebab pertandingan ni pertandingan kak afie.

Minggu kedua ni kitorg banyak tengok video/ movie. Dalam banyak2 video tu, Saladin la yang paling best. Memang semua pun khusyuk tengok Saladin, mendalami kisah Saladin tu. Tapi kitorg tak tengok semua pun, sebab banyak part yang bukan age-appropriate untuk budak bawah 12 tahun. 

Woot woot~

Masuk minggu ke-3, semua dah start stressed & seangkatan dengannya. Kenapa? Sebab last day kitorg kena buat persembahan, any kind of persembahan, dengan syarat kurang daripada 5 minit. Kalau nak lebih pun kurang 10 minit la. Ahli-ahli Solehah aka group aku nak buat choral speaking pasal puasa. Nak buat skrip pun gaduh. Yang macam ni tak best la, yang ni tak kena la, kalau masukkan tu tak sesuai la, nada dia pelik la, opening dia boring la et cetera. Tapi selama 3 hari kami berbincang, alhamdulillah, siap pun skrip. Semua pun setuju, selesai cerita. Aku jadi conductor. Kitorg pun start berlatih second last day tu. Serious jealous tengok group perempuan tahap 1 sebab dorg buat best & ikut tema, kitorg punya tak ikut tema sangat.
Last day pun sampai, kitorg disuruh puasa hari itu sbb nak buat berbuka ramai-ramai, tapi kalau tak nak puasa pun takpe. Petang tu kitorg group ke-7 untuk buat persembahan daripada 14 group kot. Kira ok la tu kan, tengah-tengah. Group lain banyak buat lakonan. Ada satu je group yang aku approve lakonan dia, sebab sangat teratur & comel. Tapi group lain pun ok juga sebenarnya. Kreatif. 
Bila sampai turn kitorg, kitorg pun start la buat persembahan depan juri. Hahaha, serious aku banyak lupa, nasib baik adik-adikku banyak menolong waktu choral speaking tu. Nasib baik juri tak nampak muka aku sbb aku membelakangi juri. Nasib baik sangat sangat sangat sebab serious aku banyak lupa. Susah juga eh jadi conductor.
Walau apa pun, group kitorg juga yg menang persembahan tu, dapat no.1 alhamdulillah n.n Nak post gambar tapi tak upload lagi daripada kamera so nanti2 je la.

Petang tu majlis penutupan Daurece. YB Shafie Ngah datang, waktu first day pun beliau ada datang. So tetamu-tetamu kehormat bagi ucapan semua, muslimin yang menang persembahan buat persembahan & emmm yess ini part yang paaaaaaaaling ditunggu-tunggu oleh semua orang: video penutup. Saksikan cehh

DAURECE 2013

Korang buka la youtube, tak boleh la pulak nak letak video tu dkt sini hehe sorry. Spot me!!! Ha tu je kot. Aku ngantuk sangat sekarang ni bye assalamualaikum.

Oh lupa nak ckp, abang Amar ajak aku jadi 'akak faci yayyy' tahun depan, yes insya-Allah I will I will I will!! n.n

No comments: